Catatan

Keikhlasan Hati Dalam Ibadah Qurban 2021

1. Menurut al-Imam Ibn Kathir, masyarakat Jahiliah terdahulu sering mempersembahkan binatang korban mereka malah melumurkan darah sembelihan korban mereka di dinding Kaabah. Lalu ada dikalangan sahabat Nabi yang berhasrat untuk melakukan sedemikian. Salah faham ini telah diperbetulkan oleh Allah SWT melalui ayat al-Quran. 2. Allah SWT menurunkan ayat dari al-Quran memperbetulkan kefahaman mereka dengan menegaskan bahawa bukan darah atau daging yang kamu persembahkan itu yang akan sampai kepada Allah tetapi keikhlasan dan kualiti taqwa itu yang akan dinilai oleh Allah SWT.  Firman Allah SWT :- لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.”                                            (Surah al-Hajj: 37) 3. Atas dasar itu Sheikh al-Sa’di Ketika menghuraikan ayat ini menjelaskan: ففي

Mari BerKorban Untuk Dekatkan Diri Dengan Allah SWT

1. Perkataan korban dalam al-Quran memberikan petunjuk bahawa ia adalah satu usaha manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menurut kamus al-Ma’ani, perkataan korban diambil dari kata akar Qariba (قَرِبَ) yang membawa maksud dekat. Firman Allah SWT :- وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.                        

Perkembangkan Sayap Minda

Marilah Join Laman Youtube :- https://youtube.com/channel/UCI8wr6L1oK9ivGLczoOfTcA